Tips Memilih Berus Gigi Di Pasaran

berus gigi

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Pemilihan berus gigi yang betul adalah langkah pertama dalam mendapatkan gigi yang sihat. Ramai diluar sana mengambil mudah dan beranggapan bahawa cukup sekadar mereka memberus gigi dengan apa jenis berus gigi sekali pun.

Untuk makluman semua, pemilihan berus gigi yang tepat adalah langkah pertama dalam menjaga kesihatan gigi anda. Kesilapan dalam memilih jenis berus gigi boleh menyebabkan masalah-masalah kerosakan pada gigi walaupun ianya diberus setiap hari.

Maka dalam tulisan kali ni kami mahu berkongsi kepada anda beberapa tips dalam memilih berus gigi yang berada di pasaran. Tapi sebelum itu jom kita belajar sikit mengenai komponen yang ada pada berus gigi.

Komponen utama yang ada pada berus gigi ada 3 bahagian.

1. Pemegang – Bahagian yang dipegang ketika memberus gigi.
2. Kepala – Bahagian yang memegang berus.
3. Berus – Bahagian yang digunakan untuk membersihkan gigi.

Antara perkara asas dalam memilih berus gigi yang terdapat di dalam pasaran ialah:

1. Pilih berus gigi yang mempunyai kepala yang kecil

Dengan memilih kepala berus yang kecil ianya dalam membantu untuk memberus di kawasan-kawasan yang sukar dicapai. Logiknya kepada yang kecil akan lebih mudah memasuki ruangan mulut yang kecil seperti di bahagian belakang gigi.

2. Pilih berus gigi yang lembut “soft” atau “extra soft”

Jika anda lihat kini banyak jenama berus gigi yang berada di pasaran mula mengeluarkan berus gigi yang lembut. Kebiasaanya berus gigi jinis ini mempunyai berus yang nipis, halus dan lembut. Berus gigi yang lembut dapat membantu mencegah kehakisan pada gigi, dapat masuk ke celah-celah gigi dengan lebih dalam dan tidak mencederakan gusi.

3. Pilih berus gigi yang mempunyai pemegang yang selesa

Dengan memilih pemegang yang selesa ini dapat membantu anda untuk mengawal berus gigi dengan lebih baik sewaktu anda memberus gigi. Ada juga kes dimana berus gigi yang digunakan tergelincir daripada kawalan dan mencederakan gusi. Maka dengan adanya pemegang yang selesa pastinya dapat membantu anda memberus gigi dengan lebih baik kerana anda mempunyai kawalan penuh terhadap berus gigi yang digunakan.

4. Pilihlah saiz berus gigi yang bersesuaian dengan mulut

Setiap individu mempunyai saiz mulut yang berbeza. Berus gigi golongan dewasa adalah tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak. Jika anda mempunyai mulut yang kecil, pilihlah saiz berus gigi yang kecil. Selain itu, untuk memastikan anda dapat memberus dengan lebih berkesan, anda bolehlah memilih berus gigi yang mempunyai kepala berus yang tirus di depannya supaya dapat membantu anda memberus gigi dikawasan yang sukar dicapai.

5. Pilih berus gigi yang ada pembersih lidah

Kebanyakan berus gigi yang berada di pasaran sudah mempunyai pembersih lidah dan dijual pada harga yang sama. Maka adalah lebih berbaloi jika anda memilih berus gigi yang mempunyai pembersih lidah. Seperti yang sedia maklum, bakteria paling banyak terperangkap di celah rekahan lidah. Jika anda tidak membersihkan lidah, bakteria masih banyak terkumpul di dalam mulut anda. Apa pun jenama yang anda guna, pastikan anda mengikuti tips yang kami kongsikan ini. Tidak semua berus gigi yang berada di pasaran sesuai untuk anda. Dengan berpandukan tips ini, tidak kisah apa pun jenis dan jenama berus gigi yang anda gunakan pastinya dapat membantu anda memberus gigi dengan lebih efektif. Anda juga boleh rujuk doktor gigi berhampiran anda untuk mendapatkan konsultasi daripada mereka.

Nak kami tulis mengenai apa?

Emailkan idea/pertanyaan anda kepada kami

More To Explore

Blog

JENIS-JENIS PENDAKAP GIGI (BRACES)

1. TRADISIONAL / BESI Pendakap gigi (braces) jenis ini adalah yang paling popular dan biasanya apa yang kita bayangkan apabila kita mendengar perkataan braces atau

Blog

HUKUM RAWATAN PERGIGIAN DALAM BULAN PUASA

Rawatan pergigian rutin seperti scaling, rawatan tampalan dan cabutan sepatutnya tidak membatalkan puasa. Terdapat pelbagai garis panduan dalam Islam yang ditetapkan dengan tujuan untuk memudahkan

Hubungi kami

Untuk sebarang pertanyaan

Copyright © 2019 Klinik Pergigian Nur Ain