Tahukah anda, penjagaan yang rapi amatlah diperlukan setelah anda mencabut gigi. Terdapat pelbagai komplikasi yang sering di alami oleh setiap individu selepas mencabut gigi. Contohnya, pendarahan yang berlarutan, sakit yang berpanjangan selalunya kerana berlakunya jangkitan, bengkak dan lain-lain. Oleh itu, hendaklah anda semua ambil perhatian yang serius yaa..
Selepas menjalani rawatan mencabut gigi, para doktor akan memberi beberapa keping ‘gauze’ atau di gelar kain kasa dengan kadar yang segera kepada pesakit untuk diletakkan di bahagian gusi yang sedang berdarah. Ini bagi tujuan menghentikan pengaliran darah yang berpanjangan dan selalunya pesakit akan menggigit ‘gauze’ itu dengan kuat selama beberapa minit. Doktor juga akan melarang utk berkumur selepas cabutan gigi dan disarankan untuk minum air yang sejuk ataupun aiskrim agar pendarahan gigi dapat dihentikan dengan segera kerana darah akan membeku. Kini ramai yang mengcungkil darah yang beku di gusi selepas mencabut gigi, sedangkan darah beku itu sangat baik dalam membantu proses pemulihan gusi itu. Selain itu, makanan yang panas hendaklah dielakkan setelah menjalani prosedur itu, ini kerana pendarahan gigi akan berpanjangan jika anda mengambil makanan yang panas setelah mencabut gigi.

Kesakitan berpanjangan seperti rasa berdenyut-denyut selepas mencabut gigi amatlah lazim di kalangan kita. Sakit ini boleh berpanjangan jika berlakunya jangkitan di tempat cabutan gigi itu. Oleh yang demikian, doktor gigi akan sering membekalkan pil tahan sakit bagi mengurangkan rasa bengkak sakit di gusi itu. Petua tambahan pula, di sarankan untuk meletakkan kantungan ais di pipi bahagian gusi bengkak. Jika terdapat tanda-tanda berlakunya jangkitan, antibiotik akan di berikan daripada doktor kepada pesakit.
AWAS ! Elakkan dari memberus kawasan yang sakit itu dengan kasar, ini kerana ia akan menambahkan lagi kesakitan dan juga mengalakkan pendarahan berpanjangan. Selepas makan boleh berkumur-kumur dengan perlahan menggunakan bagi membantu sisa makanan di keluarkan dari kawasan cabutan gigi.