Kebaikan Scaling Gigi

Tahukah anda bahawa scaling gigi ini merupakan satu rawatan pergigian yang di kenali sebagai kaedah membersihkan atau cuci gigi secara rapi oleh doktor gigi. Rawatan scaling ini adalah bertujuan untuk menanggalkan karang-karang gigi atau kotoran pada gigi yang di sebabkan oleh pemakanan seharian kita, contohnya seperti teh atau kopi dan sebagainya.

Ramai yang tidak tahu akan kewujudan dan pentingnya rawatan cuci gigi ini atau di panggil scaling. Antara keadaan gigi yang memerlukan rawatan scalling ini adalah seperti pengumpulan karang gigi yang banyak di celahan gigi. Karang gigi merupakan punca ramai orang mempunyai masalah mulut berbau busuk serta menghadapi radang pada gusi. Radang pada gusi dapat dikenal pasti melalui perubahan warna gusi yang bertukar menjadi kemerahan serta membengkak dan berdarah walau di sentuh dengan ringan. Kadang kala, akibat daripada karang gigi yang berkumpul terlampau banyak boleh menyebabkan tulang gigi akan terbenam serta menyebabkan gigi akan mula bergoyang dan mudah tercabut. Di sebabkan itu, penjagaan gigi amatlah penting dan jangan tunggu sampai karang gigi dah terlampau banyak sampai boleh di tegur orang baru nak pergi scaling ye…

Kebaikkan scaling gigi ini sangatlah seronok jika kita telah lakukannya, gigi terasa bersih dan empunya diri akan lebih berkeyakinan dengan penampilan gigi yang bersih. Di sini terdapat pelbagai manfaat dan kebaikan scaling yang patut anda semua tahu dan tersenarai di bawah ini..

Manfaat Scaling :-

Membersihkan sisa makanan yang telah keras.Kadang kala kita merasakan yang mana gigi kita telah bersih dengan kerana rajin memberus gigi dengan teratur. Walhal, terdapat sisa-sisa makanan yang tidak kelihatan meninggalkan bekas di celahan gigi serta sangat sukar untuk di cuci.

Menghalang gigi bertukar warna – Scaling juga boleh membantu dalam memastikan warna gigi tidak bertukar menjadi kekuningan atau keperangan dek kerana pengambilan makanan dan minuman yang pelbagai.

Menghindari radang gusi – Apabila menjalani rawatan scaling, serta merta karang gigi akan tertanggal dan ini boleh mengelakkan daripada gusi menjadi bengkak, merah-merah dan berdarah.

Membersihkan karang gigi – Sisa makanan yang bercampur dengan air liur akan mengeras akan melekat di celahan gigi. Dengan rawatan scaling, karang gigi akan mudah di bersihkan secara menyeluruh tanpa rasa sakit dan gigi anda akan berasa lebih selesa dan bersih.

Risiko Gigi Berlubang !

Masalah gigi berlubang merupakan antara masalah gigi yang sering di alami oleh orang ramai. Ramai yang beranggapan bahawa masalah gigi berlubang ini merupakan masalah gigi yang tidak serius, sedangkan gigi berlubang boleh mengakibatkan kesihatan badan menjadi terjejas. Masalah gigi berlubang ini boleh di alami dalam setiap rangka umur tidak kira tua atau muda.

Keadaan gigi yang berlubang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kesakitan pada gigi yang amat sangat. Kadangkala kesakitan itu boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan konsentrasi dalam kehidupan seharian mereka. Tidak lupa juga, ia membuatkan seseorang itu sukar untuk mengunyah makanan dengan sempurna dan serta merta membuatkan berat badan seseorang itu turun dengan mendadak. Hal ini boleh menjurus ke arah masalah kesihatan yang lebih serius.

Antara risiko gigi yang boleh berkembang dan menjadi serius adalah berlakunya jangkitan pada pembuluh darah. Segala jangkitan bakteria amatlah mudah tersebar melalui pembuluh darah dan boleh tersebar kepada organ-organ dalaman yang lain. Para wanita yang mengandung terutamanya sekali harus mengambil serius jika mempunyai gigi yang berlubang, kerana bakteria boleh berjangkit pada janin melalui pembuluh darah. Ini akan menyebabkan bayi pra matang dilahirkan. Sangat bahaya ya semua..hati-hati..

Ada di antara kita juga yang tidak endah akan kerosakkan gigi yang berlaku dan akhirnya menyebabkan gigi mereka menjadi busuk. Akibat daripada itu, jalan penyelesaian yang boleh di ambil bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang lebih serius adalah gigi tersebut harus dicabut dan gigi anda menjadi rongak.

Selain daripada itu, gigi berlubang boleh menyebabkan berlakunya keradangan pada gigi dan kawasan yang berdekatan dengan gigi itu seperti gusi. Radang yang berlaku ini berlaku kerana masalah gigi berlubang yang tidak dirawat dengan segera. Antara tanda-tanda radang berlaku adalah gusi menjadi bengkak dan jika dibiarkan lama akan menyebabkan gusi bernanah dan menjadi abses.

Disamping itu, masalah radang pada rongga sinus juga adalah antara masalah yang hadir kerana adanya gigi berlubang. Bakteria ini akan tersebar ke rongga hidung dan rongga sinus dan menyebabkan keradangan berlaku.

Oleh itu, orang ramai di nasihati untuk mengamalkan penjagaan gigi yang betul setiap hari, serta lebih mengambil berat akan masalah gigi yang berlaku terhadap diri anda.

Apa yang anda tahu mengenai Rawatan Akar Gigi ?

Rawatan akar gigi merupakan satu rawatan yang dapat membantu menyelamatkan gigi yang telah di jangkiti kuman atau rosak teruk. Ianya juga dapat membantu mengekalkan gigi yang berada di dalam rahang kekal dalam kedudukannya. Prosedur rawatan ini di mulai dengan mematikan saraf gigi dan di ikuti dengan membersihkan gigi dan di tampal dengan kemas. Rawatan ini mengambil masa yang agak lama bagi membaiki gigi pesakit dengan teliti. Jangka masa rawatan ini boleh bertahan sehingga 10 tahun, tetapi kadang kala gigi-gigi yang menerima rawatan akar sangatlah memerlukan ulangan rawatan akar semula atau pembedahan apeks dan ada juga yang perlu juga di cabut.

Antara ciri-ciri keadaan gigi yang memerlukan rawatan akar gigi adalah gigi yang telah mati atau di gelar ‘non-vital’. Gigi yang rosak teruk atau mempunyai size tampalan pada gigi yang amat besar juga sangatlah memerlukan rawatan ini. Rasa-rasa nak selamatkan gigi..lebih baik buat rawatan ini sebelum rongak..

Jika rawatan akar ini tidak di lakukan bagi yang mengalami situasi gigi yang telah di beritahu di atas, kesakitan pada gigi akan bertambah menjadi semakin teruk dan ini akan mendatangkan ketidakselesaan pada gigi anda. Keadaan lain yang lebih serius juga seperti nanah yang berkumpul pada gigi akan timbul dan ini akan memudaratkan diri si pesakit. Jika tidak dapat diselamatkan, gigi anda akan di cabut dan boleh di ganti dengan penggunaan gigi palsu.

Disamping itu, penjagaan gigi selepas menjalani rawatan akar gigi amatlah penting. Penjagaannya sangatlah mudah seperti penjagaan gigi harian biasa. Rutin memberus gigi 2 kali sehari, kurangkan pengambilan minuman yang sejuk serta makanan yang manis-manis terutamanya pada waktu malam. Pemeriksaan berkala pada setiap 6 bulan sekali hendaklah dilakukan bagi memastikan keesihatan akar gigi terjamin. Ini kerana, rawatan ini bergantung kepada ketahanan gigi seseorang itu. Kadang kala ada yang giginya mudah rapuh, sakit dating kembali dan ada yang semestinya perlu untuk mencabut giginya kerana tidak boleh di selamatkan lagi.