Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Masalah gigi berlubang merupakan antara masalah gigi yang sering di alami oleh orang ramai. Ramai yang beranggapan bahawa masalah gigi berlubang ini merupakan masalah gigi yang tidak serius, sedangkan gigi berlubang boleh mengakibatkan kesihatan badan menjadi terjejas. Masalah gigi berlubang ini boleh di alami dalam setiap rangka umur tidak kira tua atau muda.

Keadaan gigi yang berlubang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kesakitan pada gigi yang amat sangat. Kadangkala kesakitan itu boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan konsentrasi dalam kehidupan seharian mereka. Tidak lupa juga, ia membuatkan seseorang itu sukar untuk mengunyah makanan dengan sempurna dan serta merta membuatkan berat badan seseorang itu turun dengan mendadak. Hal ini boleh menjurus ke arah masalah kesihatan yang lebih serius.

Antara risiko gigi yang boleh berkembang dan menjadi serius adalah berlakunya jangkitan pada pembuluh darah. Segala jangkitan bakteria amatlah mudah tersebar melalui pembuluh darah dan boleh tersebar kepada organ-organ dalaman yang lain. Para wanita yang mengandung terutamanya sekali harus mengambil serius jika mempunyai gigi yang berlubang, kerana bakteria boleh berjangkit pada janin melalui pembuluh darah. Ini akan menyebabkan bayi pra matang dilahirkan. Sangat bahaya ya semua..hati-hati..

Ada di antara kita juga yang tidak endah akan kerosakkan gigi yang berlaku dan akhirnya menyebabkan gigi mereka menjadi busuk. Akibat daripada itu, jalan penyelesaian yang boleh di ambil bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang lebih serius adalah gigi tersebut harus dicabut dan gigi anda menjadi rongak.

Selain daripada itu, gigi berlubang boleh menyebabkan berlakunya keradangan pada gigi dan kawasan yang berdekatan dengan gigi itu seperti gusi. Radang yang berlaku ini berlaku kerana masalah gigi berlubang yang tidak dirawat dengan segera. Antara tanda-tanda radang berlaku adalah gusi menjadi bengkak dan jika dibiarkan lama akan menyebabkan gusi bernanah dan menjadi abses.

Disamping itu, masalah radang pada rongga sinus juga adalah antara masalah yang hadir kerana adanya gigi berlubang. Bakteria ini akan tersebar ke rongga hidung dan rongga sinus dan menyebabkan keradangan berlaku.

Oleh itu, orang ramai di nasihati untuk mengamalkan penjagaan gigi yang betul setiap hari, serta lebih mengambil berat akan masalah gigi yang berlaku terhadap diri anda.

Nak kami tulis mengenai apa?

Emailkan idea/pertanyaan anda kepada kami

More To Explore

Blog

JENIS-JENIS PENDAKAP GIGI (BRACES)

1. TRADISIONAL / BESI Pendakap gigi (braces) jenis ini adalah yang paling popular dan biasanya apa yang kita bayangkan apabila kita mendengar perkataan braces atau

Blog

HUKUM RAWATAN PERGIGIAN DALAM BULAN PUASA

Rawatan pergigian rutin seperti scaling, rawatan tampalan dan cabutan sepatutnya tidak membatalkan puasa. Terdapat pelbagai garis panduan dalam Islam yang ditetapkan dengan tujuan untuk memudahkan

Hubungi kami

Untuk sebarang pertanyaan

Copyright © 2019 Klinik Pergigian Nur Ain