Gigi Geraham Bongsu Terimpak

Dr. Ain Jaafar

Dr. Ain Jaafar

CEO NURAIN DENTACARE & KLINIK PERGIGIAN NUR AIN

Gigi geraham bongsu ialah gigi yang terletak pada bahagian paling belakang sekali, dan terdapat empat batang gigi geraham bongsu bagi setiap orang dewasa. Untuk makluman semua, terdapat 32 batang gigi keseluruhannya bagi setiap orang dewasa. 16 batang pada setiap bahagian atas dan bawah. Jika di lihat daripada pandangan sisi, maka boleh dirumuskan terdapat lapan batang gigi pada setiap bahagian kiri dan kanan.

Geraham bongsu ini adalah gigi yang ke 8 dan terletak pada bahagian belakang sekali bagi setiap belah atas, bawah kiri dan kanan. Maka ada empat batang kesemuanya. Gigi geraham bongsu ini akan tumbuh pada sekitar umur 18 sehingga umur 25 tahun dan tumbuh secara tidak normal atau dalam keadaan terimpak. Dalam istilah perdoktoran ianya dipanggil “impacted third molar” dan “impacted wisdom tooth”.

Setakat ini masih belum dikenal pasti lagi

Gigi geraham bongsu ini akan tumbuh dalam tiga keadaan.

1- Tumbuh penuh tapi senget
2- Tumbuh separa
3- Tumbuh secara terbenam ke dalam gusi

implikasi daripada hal ini menyebabkan bebrapa masalah lain antaranya

1- masalah jangkitan
Masalah jangkitan yang menyebabkan kerosakan kepada gigi seperti masalah gigi berlubang. Hal ini berpunca daripada sisa makanan yang tersekat di anatara gigi ke 7 dan ke 8. Masalah jangkitan ini bukan sahaja boleh belaku pada gigi geraham bongsu malah lebih memburukan keadaaan apabila masalah jangkitan ini juga boleh berlaku pada gigi yang ke 7.

2- masalah gusi
apabila gigi geraham bongsu ini tumbuh dalam keadaan senget, akan ada gusi yang tumbuh di sekitar gigi geraham bongsu atau dalam istilah lain ianya dipanggil “Operculum”. Gusi yang tumbuh disekitar gigi ini seperti ada ruang yang boleh memerangkap sisa makanan dan secara tidak langusng boleh menyebabkan jangkitan kuman yang membawa kepada masalah gusi bengkak dan kesakitan.

Biasanya doktor akan mencadangkan agar gigi tersebut dikeluarkan atau dicabut melalui cabutan biasa ataupun melalui pembedahan kecil. Cara cabutan ini bergantung kepada posisi gigi tersebut.

Jika anda ada merasa kesakitan pada bahagian belakang gigi di sekitar umur 18 hingga 25 tahun ini kemungkinan ianya berpunca daripada gigi geraham bongsu anda, maka adalah disarankan untuk anda mendapatkan rawatan di klinik gigi yang berhampiran dengan segera.

You cannot copy content of this page