Power Chain Braces

Dr. Ain Jaafar

Dr. Ain Jaafar

CEO NURAIN DENTACARE & KLINIK PERGIGIAN NUR AIN

Getah berwarna-warni yang dipakai oleh pengguna bracess di kenali sebagai power chain. Ianya merupakan sejenis getah berantai yang berwarni-warni, digunakan secara berantai untuk rawatan bagi braces. Getah ini digunakan dari hujung gigi ke hujung gigi bagi tujuan merapatkan lagi ruang atau jarak gigi yang wujud diantara satu sama lain. Ramai yang ingin mengenakan rawatan braces pada gigi mereka hanya kerana inginkan warna getah yang berwarna-warni itu. Sedangkan penggunaan power chain ini tak semua pengguna braces boleh pakai, hanya kes-kes yang serius sahaja yang memerlukannya.

Penggunaan power chain ini sebenarnya satu proses yang amat sakit bagi pengguna pendakap gigi. Ini kerana ketegangan getah yang sangat ketat ketika menarik gigi antara satu sama lain memberi kesan kepada pengguna, dan membuatkan pengguna pendakap gigi tidak dapat mengunyah makanan dengan sempurna akibat rasa sakit itu. Mereka disarankan untuk mengambil atau mengawal pemakanan mereka agar mereka tidak rasa sakit, makanan itu perlulah lembut dan tidak kenyal dan keras. Majoritinya akan memilih bubur hancur sebagai menu harian mereka selagi kesakitan itu tidak reda. Boleh kurus waktu guna power chain ni….

Selalunya, apabila sudah mengenakan power chain pada gigi, sisa makanan yang dikunyah akan mudah terlekat pada power chain. Pengumpulan sisa makanan ini yang menyebabkan berlakunya pembentukkan plaque pada gigi dan mambuatkan seseorang itu mempunyai masalah mulut berbau serta gusi bengka. Oleh itu penggunaan floss gigi serta oral bracess brush sangat penting untuk pengguna bracess. Kebanyakkan kes power chain tercabut adalah kerana mereka menggigit makanan yang keras seperti tulang ayam.

Kadang kala penampilan power chain yang berwarna-warni ini sangat menarik perhatian orang ramai. Ada yang sanggup mengenakan bracess tiruan hanya ingin tampil cantik. Risiko bracess tiruan sangat-sangat berbahaya dan akan memberi 1001 masalah kepada gigi. Anda semua perlu tahu, bracess merupakan rawatan tapi bukan satu fesyen untuk anda tampil cantik. Power chain itu diletakkan bergantung pada bentuk gigi. Bukannya dipasang secara senang-lenang seperti yang di war-warkan oleh penjual di media social itu.

Fikir-fikirkanlah sikit kesihatan diri, silap-silap tercabut gigi. Jika rawatan bracess dan penggunaan power chain dipasang dengan kaedah yang betul oleh doktor, sudan tentu gigi susunan gigi anda akan tersusun dengan cantik.

You cannot copy content of this page