Jenis-jenis Braces

Dr. Ain Jaafar

Dr. Ain Jaafar

CEO NURAIN DENTACARE & KLINIK PERGIGIAN NUR AIN

Tahukah anda terdapat lebih daripada satu jenis pendakap gigi atau lebih biasa disebut sebagai ‘Braces’ yang ditawarkan di klinik pergigian?

Secara ringkasnya terdapat empat jenis braces ditawarkan antaranya ialah:

1. Braces Conventional
2. Braces Self Ligating
3. Braces Seramik
4. Braces Invasalign

Setiap jenis braces di atas mempunyai kelebihan serta kekurangnya yang tersendiri. Jadi dalam artikel ini kami akan kongsikan kelebihan serta kekurangan setiap jenis braces yang dinyatakan suapaya dapat membantu anda membuat keputusan yang terbaik berdasarkan kosultansi doktor di klinik pergigian nanti.

Jenis Pertama: Braces Conventional

Braces conventional ini merupakan braces yang paling popular dalam pasaran. Braces jenis conventional ini menjadi pilihan ramai orang adalah disebabkan harganya yang rendah selain itu terdapat pelbagai pilihan warna getah braces yang ditawarkan.

Kelbihan:
1. Kos rendah berbanding yang lain.
2. Terdapat pelbagai pilihan warna getah braces

Kekurangan:
1. Pemakaian braces jenis conventional ini sangat menonjol dan boleh dilihat daripada jauh.

Jenis Kedua: Self Legating

Untuk braces jenis kedua ini pula ianya adalah pengganti moden kepada braket tradisional. Jika bracess tradisional wayar lengkung akan diikat menggunakan getah elastik berwarna-warni. Manakala untuk slef legating pula akan diikat menggunakan klip khas yang terdapat pada braket.

Kelebihan:
1. Ianya bersaiz compact
2. Mudah dibersihkan
3. Kurang rasa sakit berbanding braket tradisional

Kekurangan:
1. Kos sedikit mahal berbanding bracess tradisional

Jenis Ketiga: Seramik

Braces seramik adalah lebih kurang seperti bracess jenis tradisional. Cuma warna braket dan getah elastik yang digunakan tidak terlalu ketara seperti bracess tradisional. Ada sesetengah kes adalah tidak digalakkan untuk menggunkan braces jenis seramik. Rujuk doktor pergigian anda terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, pendakap gigi seramik antara alternatif terbaik bagi bracess jenis tradisional sekiranya pakar ortodontik anda menyarankan pemakaian pendakap gigi jenis ini.

Kelebihan:
1. Warna braket yang seakan sama dengan warna gigi.
2. Tidak terlalu ketara bagi si pemakai.

Kekurangan:
1. Mudah kotor jika tidak dijaga. Warna yang kurang menyenangkan mungkin muncul jika tidak dijaga dengan betul.
2. Harga lebih mahal berbanding bracess jenis tradisional dan self legating.
3. Tidak digalakkan bagi rawatan yang ekstensif.

Jenis keempat: Jenis Invasalign

Braces Excelign ni direka khas mengikut acuan gigi seseorang dan ianya berwarna lut sinar. Ianya sedikit berbeza berbanding tiga jenis braces seperti sebelum ini. Jenis excelign ini tidak menggunakan braket dan wayar lengkung seperti yang lain.

Braces jenis ini dibentuk mengikut acuan gigi seseorang. Apabila tiba masa acuan excelign ini perlu ditukar.

Kelebihan:
1. Lut sinar nampak lebih neutral
2. Boleh dibuka
3. Mudah dibersihkan
4. Selesa mengikut acuan gigi
5. Tidak perlu rawatan susulan yang kerap hanya perlu ikuti plan rawatan yang doktor pergigian anda cadangkan.

Kekurangan:
1. Kos rawatan yang sangat mahal
2. Memerlukan displin yang tinggi daripada si pemakai supaya seiring dengan plan perancangan doktor pergigian anda.

Berminat untuk dapatkan rawatan braces pada harga mampu milik, deposit yang rendah dan ansuran yang fleksibel?

Hubungi Klinik Pergigian Nur Ain

Cawangan Mitc

Call
019-9265030
06-2310044

Klik Untuk Whatsapp Cawangan Mitc

Cawangan Merlimau

Call:
60143035030

Klik Untuk Whatsapp Cawangan Merlimau

You cannot copy content of this page