JENIS-JENIS PENDAKAP GIGI (BRACES)

1. TRADISIONAL / BESI

  • Pendakap gigi (braces) jenis ini adalah yang paling popular dan biasanya apa yang kita bayangkan apabila kita mendengar perkataan braces atau pendakap gigi. Pendakap gigi tradisional menjadi pilihan ramai kerana kosnya yang lebih murah berbanding jenis pendakap gigi yang lain dan kos penjagaannya (maintenance) juga adalah lebih murah. Tambahan lagi, jenis braketnya yang menggunakan getah berwarna warni menjadi pilihan ramai anak muda yang gemarkan gaya lebih ‘fun’ dan ‘funky’. 
  • Walau bagaimanapun, braket moden yang banyak terdapat sekarang adalah lebih kecil dan kurang ketara berbanding jenis pendakap gigi tradisional yang mempunyai braket yang lebih besar dan mudah dilihat.
  • Tambahan lagi, terdapat wayar lengkung (archwire) terbaru yang menggunakan teknologi ‘heat activated’ ,di mana ianya menggunakan haba badan untuk membantu menggerakkan gigi dengan lebih pantas dan kurang menyakitkan.

KELEBIHAN

  • Kos lebih murah berbanding jenis pendakap gigi yang lain.
  • Getah berwarna warni memberikan peluang untuk si pemakai menggayakan warna yang berlainan.

KEKURANGAN

  • Jenis pendakap gigi ini adalah yang paling ketara pemakaiannya. Oleh itu, pendakap gigi tradisional tidak sesuai bagi mereka yang inginkan jenis tidak ketara / kurang menonjol seperti pendakap gigi seramik sepanjang pemakaian.

2. SELF LIGATING

  • Braket  ‘self ligating’ merupakan pengganti moden kepada braket tradisional. Wayar lengkung / arch wire diletakkan di tempatnya menggunakan klip besi kecil berbeza dengan pendakap gigi tradisional yang menggunakan getah elastik.
  • Terdapat 2 jenis pendakap gigi ‘self ligating’ yang utama iaitu AKTIF & PASIF.
  • AKTIF : mempunya klip berspring yang menekan wayar lengkung/archwire.
  • PASIF : klip berspring tidak menekan secara aktif ke atas wayar lengkung.
  • Braket ‘self ligating’ mengalami modifikasi dan perubahan dari masa ke semasa semenjak awal pengenalannya bagi mengatasi masalah pada peringkat awal dan meningkatkan lagi keberkesanan rawatan.

KELEBIHAN

  • Mudah dibersihkan dan bersaiz ‘compact’ (padat)
  • Rasa sakit adalah kurang berbanding jenis braces tradisional

KEKURANGAN

  • Kosnya lebih mahal berbanding braces tradisional.

3. SERAMIK

  • Pendakap gigi seramik tidak digalakkan bagi sesetengah kes yang ekstrem. Walau bagaimanapun, pendakap gigi seramik merupakan salah satu alternatif terbaik selain jenis tradisional sekiranya pakar ortodontik anda menyarankan pemakaian pendakap gigi jenis ini.

KELEBIHAN

  • Ada pendapat mengatakan pendakap gigi seramik tidak menyakitkan gusi seperti pendakap gigi tradisional. Hal ini sebenarnya bergantung kepada pendapat pesakit / si pemakai sendiri kerana setiap individu mempunyai toleransi terhadap kesakitan yang berbeza.
  • Braket seramik direka untuk tidak ketara dan menyamai warna semulajadi gigi. Terdapat 2 jenis warna asas untuk braket seramik : tona putih DAN sedikit gelap bagi menyamai warna semulajadi gigi. Pendakap gigi jenis ini sangat tahan lasak dan tidak mudah retak / pecah.

KEKURANGAN

  • Sama seperti pendakap gigi tradisional, pendakap gigi seramik menggunakan getah elastik untuk memegang wayar lengkung/archwire di tempatnya, biasanya getah elastik ini berwarna putih atau telus. Ianya mudah kotor jika tidak dijaga dengan baik.
  • Pendakap gigi seramik lebih mahal berbanding jenis tradisional dan ‘self ligating’. Ianya juga lebih besar tetapi tidak ketara.
  • Tidak digalakkan bagi rawatan yang ekstensif.

4. EXCELIGN

  • Excelign direka bentuk khas mengikut keselesaan gigi anda sepanjang pemakaian dan ianya telus dan hampir tidak kelihatan. Pelan rawatan Excelign disesuaikan mengikut keperluan rawatan individu oleh doktor gigi / pakar ortodontik. Ianya sangat berbeza dengan pendakap gigi yang lain kerana ianya tidak mempunyai komponen asas seperti braket, wayar lengkung/archwire, getah elastik dan sebagainya. Oleh sebab itu,doktor gigi anda akan memantau dan menasihati anda terutamanya apabila tiba masa bagi acuan Excelign ini perlu ditukar. 

    KELEBIHAN

    • Tidak kelihatan
    • Boleh dibuka
    • Tidak mengganggu rutin kebersihan mulut
    • Tidak perlu mengubah cara pemakanan (berpantang)
    • Selesa, cepat dan mudah dibersihkan
    • Tidak perlu dating untuk rawatan susulan setiap bulan, hanya perlu datang pada waktu yang ditetapkan mengikut pelan rawatan khas yang disediakan

    KEKURANGAN

    • Kos rawatan yang sangat mahal

    BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN EXCELIGN

    Anda boleh mendapatkan rawatan Excelign di Klinik Pergigian 1st Dental. Anda hanya perlu mengikut langkah langkah seperti di bawah :

    1. Dapatkan konsultasi dari doktor gigi anda – gambar, xray dan acuan gigi akan diambil.
    2. Doktor gigi anda akan menyediakan pelan rawatan khas untuk anda – termasuk menunjukkan anda bagaimana gigi anda akan dibetulkan dan diratakan menggunakan acuan Excelign serta jangkamasa rawatan yang anda akan lalui. (Rujuk video)
    3. Berpandukan pelan rawatan anda, Excelign akan mereka bentuk acuan khas mengikut bentuk gigi anda.
    4. Setelah siap, anda perlu berjumpa doktor gigi anda untuk mengambil acuan Excelign dan seterusnya anda akan diberikan panduan cara pemakaian dan maklumat tambahan berkaitan proses rawatan.

    **Dapatkan pakej braces di Klinik Pergigian Nur’Ain dengan skim bayaran  bulanan yang rendah dan deposit yang lebih fleksibel. Konsultansi adalah percuma (bergantung kepada terma dan syarat).**

    Sekiranya anda mencari klinik pergigiansekitar Melaka, anda boleh kunjungi klinik kami di alamat berikut :

    Klinik Pergigian Nur’Ain Mitc Ayer Keroh

    > No, 23, Jalan TU 41, 75450 Ayer Keroh, Malacca

    > 019-926 5030

    Klinik Pergigian Nur’Ain Merlimau

    > JB 2911, Jalan TMU 1, Taman Merlimau Utara 77300 Merlimau

    > 014-303 5030

    Follow kami di media sosial untuk mendapatkan harga promosi terbaru dan pelbagai lagi tawaran menarik, hanya di Klinik Pergigian Nur’Ain.

    Website : www.klinikpergigiannurain.com

    Facebook: Klinik Pergigian Nur Ain Mitc
    Facebook: Klinik Pergigian Nur Ain Merlimau

    Instagram : klinikpergigiannurain.mitc
    Instagram : klinikpergigiannurain.merlimau

    Kredit: 
    1st Dental Clinic

HUKUM RAWATAN PERGIGIAN DALAM BULAN PUASA

Rawatan pergigian rutin seperti scaling, rawatan tampalan dan cabutan sepatutnya tidak membatalkan puasa. Terdapat pelbagai garis panduan dalam Islam yang ditetapkan dengan tujuan untuk memudahkan urusan ibadat dan kehidupan seharian penganutnya. Islam juga turut menitikberatkan penjagaan kesihatan umatnya.

Suntikan bius setempat

Suntikan bius setempat selalunya dilakukan sebelum cabutan gigi dimulakan, dengan tujuan gigi yang terlibat dan kawasan sekitarnya menjadi kebas supaya pesakit dapat menerima rawatan dengan selesa dan tanpa kesakitan. Prosedur ini termasuk dalam kategori ubat suntikan yang tidak membatalkan puasa.

Cabutan gigi

Rawatan cabutan itu sendiri tidak membatalkan puasa. Namun begitu, setelah kesan bius setempat yang diberikan sebelum cabutan dilakukan mula hilang, anda mungkin akan berasa sakit pada kawasan tersebut dan perlu mengambil ubat penahan sakit. Ubat penahan sakit dalam bentuk tablet perlu diambil dengan ditelan, dan akan membatalkan puasa anda.

Rawatan scaling dan tampalan

Persamaan antara rawatan scaling dan tampalan adalah kedua-duanya dilakukan dengan alat tangan bermotor (handpiece) yang mengeluarkan air suling melalui hujung alat tersebut ke dalam mulut anda. Penyemburan air suling ini diperlukan supaya alat tersebut tidak menjadi panas kerana haba yang terhasil boleh memudaratkan gigi anda.

Selagi anda tidak menelan air suling tersebut, puasa anda kemungkinan besar masih sah. Alat penyedut (suction device) ada digunakan untuk menyedut air suling dan air liur yang terkumpul dalam mulut anda ketika rawatan. Anda juga boleh meludah ketika rawatan sekiranya air yang terkumpul membuatkan anda berasa tidak selesa. Kadangkala, rubber dam (penghadang getah) turut dipasang ketika rawatan. Penggunaan rubber dam mengasingkan gigi yang dirawat dengan kawasan mulut lain dan oleh itu akan menghalang air suling daripada mengalir masuk ke dalam mulut anda.

Ubat kumur

Sesetengah pesakit berasa tidak selesa menggunakan ubat kumur ketika berpuasa kerana kadangkala ia meninggalkan rasa asing di dalam mulut walaupun setelah diludah sepenuhnya. Sekiranya anda tidak selesa menggunakan ubat ini ketika berpuasa, anda boleh nyatakan hal tersebut kepada doktor gigi anda supaya perbincangan boleh dibuat untuk mencari alternatif lain atau mengubah waktu pengambilan ubat kumur tersebut.

Kebersihan mulut

Kita semua sedia maklum bahawa mulut orang yang berpuasa kadangkala mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Ini adalah tindakbalas semulajadi kerana mulut anda akan menjadi lebih kering dan berlaku pengumpulan bahan bersulfur di dalam mulut ketika berpuasa. Adalah penting untuk anda membersihkan mulut anda dengan teliti sebelum tidur dan juga selepas bersahur, serta meminum air yang cukup ketika berbuka untuk menghidrasikan badan anda setelah seharian berpuasa.

Penggunaan berus gigi dengan ubat gigi dan juga ubat kumur dibenarkan ketika berpuasa, selagi anda tidak menggunakannya secara keterlaluan. Anda juga perlu menjalani pemeriksaan mulut untuk memastikan bahawa bau mulut anda bukanlah berpunca daripada penyakit oral seperti karies gigi, penyakit gusi, nanah, kanser, dan sebagainya.

Pengambilan ubat-ubatan secara oral (ditelan)

Ada kalanya, doktor gigi anda terpaksa memberi preskripsi ubat untuk diambil ketika bulan Ramadan. Dos dan waktu pengambilan beberapa jenis ubat mungkin boleh diubah supaya anda tidak perlu tidak berpuasa untuk makan ubat tersebut. Contohnya, untuk ubat yang perlu dimakan tiga kali sehari, anda mungkin boleh mengambilnya pada waktu berbuka, sebelum tidur dan waktu bersahur. Yang penting, sekiranya anda ragu-ragu tentang tatacara pengambilan ubat pada bulan puasa, anda perlu menyuarakannya dan berbincang dengan doktor gigi anda untuk mencari alternatif dan mencapai kata sepakat yang terbaik untuk memulihkan kembali kesihatan mulut anda.

Berpuasa tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk tidak menjaga kebersihan mulut dan mendapatkan rawatan pergigian, selari dengan pegangan Islam yang mementingkan kebersihan dan kesihatan. Nabi Muhammad s.a.w. sangat menitikberatkan kebersihan mulut seperti dalam hadisnya dari Abu Hurairah r.a. yang berbunyi, “Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu sebelum berwuduk.”

Selamat berpuasa kepada para pembaca blog Klinik Pergigian Nur’Ain.

Artikel daripada: Dr. Husna Razak (BDS) (KLE VK) seorang pegawai pergigian yang sedang bertugas di Kelantan. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

Kebaikan Scaling Gigi

Tahukah anda bahawa scaling gigi ini merupakan satu rawatan pergigian yang di kenali sebagai kaedah membersihkan atau cuci gigi secara rapi oleh doktor gigi. Rawatan scaling ini adalah bertujuan untuk menanggalkan karang-karang gigi atau kotoran pada gigi yang di sebabkan oleh pemakanan seharian kita, contohnya seperti teh atau kopi dan sebagainya.

Ramai yang tidak tahu akan kewujudan dan pentingnya rawatan cuci gigi ini atau di panggil scaling. Antara keadaan gigi yang memerlukan rawatan scalling ini adalah seperti pengumpulan karang gigi yang banyak di celahan gigi. Karang gigi merupakan punca ramai orang mempunyai masalah mulut berbau busuk serta menghadapi radang pada gusi. Radang pada gusi dapat dikenal pasti melalui perubahan warna gusi yang bertukar menjadi kemerahan serta membengkak dan berdarah walau di sentuh dengan ringan. Kadang kala, akibat daripada karang gigi yang berkumpul terlampau banyak boleh menyebabkan tulang gigi akan terbenam serta menyebabkan gigi akan mula bergoyang dan mudah tercabut. Di sebabkan itu, penjagaan gigi amatlah penting dan jangan tunggu sampai karang gigi dah terlampau banyak sampai boleh di tegur orang baru nak pergi scaling ye…

Kebaikkan scaling gigi ini sangatlah seronok jika kita telah lakukannya, gigi terasa bersih dan empunya diri akan lebih berkeyakinan dengan penampilan gigi yang bersih. Di sini terdapat pelbagai manfaat dan kebaikan scaling yang patut anda semua tahu dan tersenarai di bawah ini..

Manfaat Scaling :-

Membersihkan sisa makanan yang telah keras.Kadang kala kita merasakan yang mana gigi kita telah bersih dengan kerana rajin memberus gigi dengan teratur. Walhal, terdapat sisa-sisa makanan yang tidak kelihatan meninggalkan bekas di celahan gigi serta sangat sukar untuk di cuci.

Menghalang gigi bertukar warna – Scaling juga boleh membantu dalam memastikan warna gigi tidak bertukar menjadi kekuningan atau keperangan dek kerana pengambilan makanan dan minuman yang pelbagai.

Menghindari radang gusi – Apabila menjalani rawatan scaling, serta merta karang gigi akan tertanggal dan ini boleh mengelakkan daripada gusi menjadi bengkak, merah-merah dan berdarah.

Membersihkan karang gigi – Sisa makanan yang bercampur dengan air liur akan mengeras akan melekat di celahan gigi. Dengan rawatan scaling, karang gigi akan mudah di bersihkan secara menyeluruh tanpa rasa sakit dan gigi anda akan berasa lebih selesa dan bersih.

Risiko Gigi Berlubang !

Masalah gigi berlubang merupakan antara masalah gigi yang sering di alami oleh orang ramai. Ramai yang beranggapan bahawa masalah gigi berlubang ini merupakan masalah gigi yang tidak serius, sedangkan gigi berlubang boleh mengakibatkan kesihatan badan menjadi terjejas. Masalah gigi berlubang ini boleh di alami dalam setiap rangka umur tidak kira tua atau muda.

Keadaan gigi yang berlubang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kesakitan pada gigi yang amat sangat. Kadangkala kesakitan itu boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan konsentrasi dalam kehidupan seharian mereka. Tidak lupa juga, ia membuatkan seseorang itu sukar untuk mengunyah makanan dengan sempurna dan serta merta membuatkan berat badan seseorang itu turun dengan mendadak. Hal ini boleh menjurus ke arah masalah kesihatan yang lebih serius.

Antara risiko gigi yang boleh berkembang dan menjadi serius adalah berlakunya jangkitan pada pembuluh darah. Segala jangkitan bakteria amatlah mudah tersebar melalui pembuluh darah dan boleh tersebar kepada organ-organ dalaman yang lain. Para wanita yang mengandung terutamanya sekali harus mengambil serius jika mempunyai gigi yang berlubang, kerana bakteria boleh berjangkit pada janin melalui pembuluh darah. Ini akan menyebabkan bayi pra matang dilahirkan. Sangat bahaya ya semua..hati-hati..

Ada di antara kita juga yang tidak endah akan kerosakkan gigi yang berlaku dan akhirnya menyebabkan gigi mereka menjadi busuk. Akibat daripada itu, jalan penyelesaian yang boleh di ambil bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang lebih serius adalah gigi tersebut harus dicabut dan gigi anda menjadi rongak.

Selain daripada itu, gigi berlubang boleh menyebabkan berlakunya keradangan pada gigi dan kawasan yang berdekatan dengan gigi itu seperti gusi. Radang yang berlaku ini berlaku kerana masalah gigi berlubang yang tidak dirawat dengan segera. Antara tanda-tanda radang berlaku adalah gusi menjadi bengkak dan jika dibiarkan lama akan menyebabkan gusi bernanah dan menjadi abses.

Disamping itu, masalah radang pada rongga sinus juga adalah antara masalah yang hadir kerana adanya gigi berlubang. Bakteria ini akan tersebar ke rongga hidung dan rongga sinus dan menyebabkan keradangan berlaku.

Oleh itu, orang ramai di nasihati untuk mengamalkan penjagaan gigi yang betul setiap hari, serta lebih mengambil berat akan masalah gigi yang berlaku terhadap diri anda.

Apa yang anda tahu mengenai Rawatan Akar Gigi ?

Rawatan akar gigi merupakan satu rawatan yang dapat membantu menyelamatkan gigi yang telah di jangkiti kuman atau rosak teruk. Ianya juga dapat membantu mengekalkan gigi yang berada di dalam rahang kekal dalam kedudukannya. Prosedur rawatan ini di mulai dengan mematikan saraf gigi dan di ikuti dengan membersihkan gigi dan di tampal dengan kemas. Rawatan ini mengambil masa yang agak lama bagi membaiki gigi pesakit dengan teliti. Jangka masa rawatan ini boleh bertahan sehingga 10 tahun, tetapi kadang kala gigi-gigi yang menerima rawatan akar sangatlah memerlukan ulangan rawatan akar semula atau pembedahan apeks dan ada juga yang perlu juga di cabut.

Antara ciri-ciri keadaan gigi yang memerlukan rawatan akar gigi adalah gigi yang telah mati atau di gelar ‘non-vital’. Gigi yang rosak teruk atau mempunyai size tampalan pada gigi yang amat besar juga sangatlah memerlukan rawatan ini. Rasa-rasa nak selamatkan gigi..lebih baik buat rawatan ini sebelum rongak..

Jika rawatan akar ini tidak di lakukan bagi yang mengalami situasi gigi yang telah di beritahu di atas, kesakitan pada gigi akan bertambah menjadi semakin teruk dan ini akan mendatangkan ketidakselesaan pada gigi anda. Keadaan lain yang lebih serius juga seperti nanah yang berkumpul pada gigi akan timbul dan ini akan memudaratkan diri si pesakit. Jika tidak dapat diselamatkan, gigi anda akan di cabut dan boleh di ganti dengan penggunaan gigi palsu.

Disamping itu, penjagaan gigi selepas menjalani rawatan akar gigi amatlah penting. Penjagaannya sangatlah mudah seperti penjagaan gigi harian biasa. Rutin memberus gigi 2 kali sehari, kurangkan pengambilan minuman yang sejuk serta makanan yang manis-manis terutamanya pada waktu malam. Pemeriksaan berkala pada setiap 6 bulan sekali hendaklah dilakukan bagi memastikan keesihatan akar gigi terjamin. Ini kerana, rawatan ini bergantung kepada ketahanan gigi seseorang itu. Kadang kala ada yang giginya mudah rapuh, sakit dating kembali dan ada yang semestinya perlu untuk mencabut giginya kerana tidak boleh di selamatkan lagi.

Power Chain Braces

Getah berwarna-warni yang dipakai oleh pengguna bracess di kenali sebagai power chain. Ianya merupakan sejenis getah berantai yang berwarni-warni, digunakan secara berantai untuk rawatan bagi braces. Getah ini digunakan oleh doktor utk rawatan braces bagi kes2 yg tertentu sahaja. Ramai yang ingin mengenakan rawatan braces pada gigi mereka hanya kerana inginkan warna getah yang berwarna-warni itu. Namun ia bukan la sesuatu yang suka2 boleh dipakai mengikut kehendak pesakit.

Penggunaan power chain ini sebenarnya satu proses yang amat sakit bagi pengguna pendakap gigi. Ini kerana ketegangan getah yang sangat ketat ketika menarik gigi antara satu sama lain memberi kesan kepada pengguna, dan membuatkan pengguna pendakap gigi tidak dapat mengunyah makanan dengan sempurna akibat rasa sakit itu. Mereka disarankan untuk mengambil atau mengawal pemakanan mereka agar mereka tidak rasa sakit, makanan itu perlulah lembut dan tidak kenyal dan keras. Majoritinya akan memilih bubur hancur sebagai menu harian mereka selagi kesakitan itu tidak reda. Boleh kurus waktu guna power chain ni….

Selalunya, apabila sudah mengenakan power chain pada gigi, sisa makanan yang dikunyah akan mudah terlekat pada power chain. Pengumpulan sisa makanan ini yang menyebabkan berlakunya pembentukkan plaque pada gigi dan mambuatkan seseorang itu mempunyai masalah mulut berbau serta gusi bengka. Oleh itu penggunaan floss gigi serta oral bracess brush sangat penting untuk pengguna bracess. Kebanyakkan kes power chain tercabut adalah kerana mereka menggigit makanan yang keras seperti tulang ayam.
Kadang kala penampilan power chain yang berwarna-warni ini sangat menarik perhatian orang ramai. Ada yang sanggup mengenakan bracess tiruan hanya ingin tampil cantik. Risiko bracess tiruan sangat-sangat berbahaya dan akan memberi 1001 masalah kepada gigi. Anda semua perlu tahu, braces merupakan rawatan tapi bukan satu fesyen untuk anda tampil cantik. Power chain itu diletakkan bergantung pada bentuk gigi. Bukannya dipasang secara senang-lenang seperti yang di war-warkan oleh penjual di media social itu.

Fikir-fikirkanlah sikit kesihatan diri, silap-silap tercabut gigi. Jika rawatan braces dan penggunaan power chain dipasang dengan kaedah yang betul oleh doktor, sudan tentu gigi susunan gigi anda akan tersusun dengan cantik.


Penjagaan Selepas Mencabut Gigi.

Tahukah anda, penjagaan yang rapi amatlah diperlukan setelah anda mencabut gigi. Terdapat pelbagai komplikasi yang sering di alami oleh setiap individu selepas mencabut gigi. Contohnya, pendarahan yang berlarutan, sakit yang berpanjangan selalunya kerana berlakunya jangkitan, bengkak dan lain-lain. Oleh itu, hendaklah anda semua ambil perhatian yang serius yaa..

Selepas menjalani rawatan mencabut gigi, para doktor akan memberi beberapa keping ‘gauze’ atau di gelar kain kasa dengan kadar yang segera kepada pesakit untuk diletakkan di bahagian gusi yang sedang berdarah. Ini bagi tujuan menghentikan pengaliran darah yang berpanjangan dan selalunya pesakit akan menggigit ‘gauze’ itu dengan kuat selama beberapa minit. Doktor juga akan melarang utk berkumur selepas cabutan gigi dan disarankan untuk minum air yang sejuk ataupun aiskrim agar pendarahan gigi dapat dihentikan dengan segera kerana darah akan membeku. Kini ramai yang mengcungkil darah yang beku di gusi selepas mencabut gigi, sedangkan darah beku itu sangat baik dalam membantu proses pemulihan gusi itu. Selain itu, makanan yang panas hendaklah dielakkan setelah menjalani prosedur itu, ini kerana pendarahan gigi akan berpanjangan jika anda mengambil makanan yang panas setelah mencabut gigi.

Kain Kasa

Kesakitan berpanjangan seperti rasa berdenyut-denyut selepas mencabut gigi amatlah lazim di kalangan kita. Sakit ini boleh berpanjangan jika berlakunya jangkitan di tempat cabutan gigi itu. Oleh yang demikian, doktor gigi akan sering membekalkan pil tahan sakit bagi mengurangkan rasa bengkak sakit di gusi itu. Petua tambahan pula, di sarankan untuk meletakkan kantungan ais di pipi bahagian gusi bengkak. Jika terdapat tanda-tanda berlakunya jangkitan, antibiotik akan di berikan daripada doktor kepada pesakit.

AWAS ! Elakkan dari memberus kawasan yang sakit itu dengan kasar, ini kerana ia akan menambahkan lagi kesakitan dan juga mengalakkan pendarahan berpanjangan. Selepas makan boleh berkumur-kumur dengan perlahan menggunakan bagi membantu sisa makanan di keluarkan dari kawasan cabutan gigi.

Awas Dengan Veneer Tiruan!

Veneer tiruan

Veneer pergigian merupakan salah satu rawatan kosmetik atau rawatan seramik kepada beberapa masalah pergigian yang kini mendapat perhatian orang ramai. Ianya merupakan rawatan gigi di mana dapat membantu memperbaiki lapisan gigi serta membantu mencantikkan rupa gigi, contohnya dari segi bentuk gigi serta kekuatan ketahanan enamel gigi. Oleh itu, ramai yang telah memilih jalan yang mudah untuk kelihatan lebih cantik dengan memilih rawatan veneer tiruan tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal di alami mereka.

Rawatan pemakaian veneer tiruan kini berleluasa di media social seperti Instagram dan Facebook. Pemasaran ini dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Pemakaian veneer tiruan ini boleh menyebabkan berlakunya kesan infeksi kepada gusi dan gigi. Ini kerana keadaan gigi yang mempunyai caries atau infeksi tidak diambil peduli oleh si pemberi rawatan atau pemasang veneer tiruan sebelum mengenakan veneer di gigi pengguna. Sebarang infeksi pada gigi amatlah memerlukan rawatan yang teliti seperti rawatan akar bagi mengelakkan infeksi menjadi lebih teruk. Osteomyelitis atau di panggil infeksi pada tulang serta ‘ludwig angina’ iaitu bengkak sehingga tidak boleh bernafas yang boleh membawa ke arah kematian merupakan antara kesan-kesan jangkitan yang telah menjadi teruk.

Original pemakaian Veneer

Veneer tiruan selalunya mempunyai lapisan yang agak tebal, dan ianya menyebabkan berlakunya pengumpulan sisa makanan yang mudah dan menjadi plaque. Ini membuatkan seseorang itu akan menghadapi masalah tulang gigi mengecut dan mulut yang berbau. Selain itu, veneer tiruan ini juga menyebabkan seseorang itu meempunyai gigitan yang tidak sama rata dan ini menyukarkan si pengguna tidak dapat menutup rapat gigi dan mengalami kunyahan gigi yang tidak normal. Rahang mereka juga akan mula menimbulkan rasa sakit dan secara tidak langsung akan mengakibatkan berlakunya lock jaw.

Veneer tiruan yang di dapatkan di butik2 or orang2 yg tak bertauliah. Nampak lebih tebal dari yg orginal

Hah, banyakkan risiko veneer tiruan ini kan ? Rawatan veneer ini hanya sah dilakukan oleh para doktor pergigian yang bertauliah. Tepuk dada, dan fikirkanlah baik dan buruk memakai veneer tiruan. Inginkan senyuman menawan ? Dapatkanlah rawatan tersebut di klinik pergigian yang sah, dan kesihatan anda juga terjaga.

Ape Yang Perlu Ibu Bapa Lakukan Jika Gigi Susu Rosak.

Tahukah anda penjagaan gigi bayi dan kanak-kanak perlu dilakukan sebelum gigi pertama tumbuh. Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh pada usia bayi seawal 6 bulan sehingga 8 bulan. Gigi ini biasanya akan mula tumbuh pada bahagian depan dan diikuti pada bahagian yang lain. Jumlah akhir gigi susu yang akan tumbuh adalah sebanyak 10 batang gigi atas dan 10 batang bawah.

Seperti yang sedia maklum, kerosakan gigi adalah berpunca daripada plak yang mengandungi kuman hasil daripada sisi makanan. Bakteria ini akan bertindak balas dengan menyerang enamel atau lapisan paling luar pada gigi, sebelum merebak ke lapisan kedua dan ketiga di mana lapisan ketiga ini dipanggil pulpa yang mengandungi urat saraf dan saluran darah gigi. Pada awal kerosakan gigi kanak-kanak mungkin tidak mengalami kesakitan namun jika jangkitan ini menyerang pulpa gigi, kanak-kanak akan merasa sakit gigi yang amat sangat terutama pada waktu malam. Jangkitan bakteria ini boleh terbentuk sehingga ke hujung akar gigi dan menyebabkan berlakunya bisul pada gusi dan juga boleh menyebabkan radang/bengkak muka.

Tanda- tanda kerosakan gigi:
– Terdapat tompokan- tompokan putih atau hitam di permukaan gigi.
– lubang yang ketara
– Makanan mudah melekat di celah gigi

Jika tanda-tanda awal ini berlaku ibu bapa seharusnya membawa anak berjumpa doktor gigi secepat mungkin.

Kebiasaannya, kerosakan yang berlaku pada gigi susu kanak-kanak adalah berpunca daripada sisa makanan dan cairan minuman yang mengandungi gula. Cairan seperti susu formula dan air yang mengandungi gula tersembunyi boleh membantu pembiakan bakteria di dalam mulut kanak-kanak. Sekiranya anak anda mempunyai tabiat menghisap botol sepanjang hari, pastikan botol tersebut tidak diisi dengan air yang mengandungi gula, sebaliknya cuba anda gantikan dengan air kosong. Jika anak sudah meningkat umur 4 tahun boleh memberi susu menggunakan cawan. Hal ini dapat mengurangkan tahap gula yang berada di dalam mulut anak anda dan mencegah pembiakan bateria yang merosakan gigi.

Anatara langkah lain yang boleh ibu bapa ambil perhatian ialah dengan menghadkan pengambilan makanan ringan yang mengandungi gula berlebihan oleh anak anda. Cuba hadkan mungkin pengambilan makanan ringgan ini cuma boleh diambil pada hujung minggu sahaja atau pada waktu-waktu tertentu.

Selain itu, pastikan anda memberus gigi anak anda pada setiap hari dengan menggunakan ubat gigi berflorida. Dengan cara ini, kita dapat melindungi gigi anak anda daripada serangan bakteri yang merosakan gigi.

Akhir sekali pastikan anda membawa anak anda ke klinik pergigian yang berhampiran bagi tujuan pemeriksaan gigi mereka. Biasakan mereka dengan perkara ini supaya mereka tidak berasa takut atau fobia dengan klinik pergigian. Dengan cara ini juga kita dapat memberi kesedaran dan dorongan kepada anak anda untuk menjaga gigi mereka. Dengan pemeriksaan yang kerap juga dapat membantu untuk mengsan jika ada berlaku sebarang kerosakan awal pada gigi, maka rawatan awal dapat dilakukan bagi menyelamatkan gigi anak anda. Sebagusnya anda boleh membawa anak anda ke klinik gigi bagi tujuan pemeriksaan seawal gigi pertama mereka tumbuh, dan selewatnya pada usia mereka 1 tahun.

Mencegah itu kan lebih baik daripada merawat. Maka rajin kan diri anda untuk membawa anak anda ke klinik gigi brhampiran untuk tujuan pemeriksaan gigi.

Tips Memilih Berus Gigi Di Pasaran

berus gigi

Pemilihan berus gigi yang betul adalah langkah pertama dalam mendapatkan gigi yang sihat. Ramai diluar sana mengambil mudah dan beranggapan bahawa cukup sekadar mereka memberus gigi dengan apa jenis berus gigi sekali pun.

Untuk makluman semua, pemilihan berus gigi yang tepat adalah langkah pertama dalam menjaga kesihatan gigi anda. Kesilapan dalam memilih jenis berus gigi boleh menyebabkan masalah-masalah kerosakan pada gigi walaupun ianya diberus setiap hari.

Maka dalam tulisan kali ni kami mahu berkongsi kepada anda beberapa tips dalam memilih berus gigi yang berada di pasaran. Tapi sebelum itu jom kita belajar sikit mengenai komponen yang ada pada berus gigi.

Komponen utama yang ada pada berus gigi ada 3 bahagian.

1. Pemegang – Bahagian yang dipegang ketika memberus gigi.
2. Kepala – Bahagian yang memegang berus.
3. Berus – Bahagian yang digunakan untuk membersihkan gigi.

Antara perkara asas dalam memilih berus gigi yang terdapat di dalam pasaran ialah:

1. Pilih berus gigi yang mempunyai kepala yang kecil

Dengan memilih kepala berus yang kecil ianya dalam membantu untuk memberus di kawasan-kawasan yang sukar dicapai. Logiknya kepada yang kecil akan lebih mudah memasuki ruangan mulut yang kecil seperti di bahagian belakang gigi.

2. Pilih berus gigi yang lembut “soft” atau “extra soft”

Jika anda lihat kini banyak jenama berus gigi yang berada di pasaran mula mengeluarkan berus gigi yang lembut. Kebiasaanya berus gigi jinis ini mempunyai berus yang nipis, halus dan lembut. Berus gigi yang lembut dapat membantu mencegah kehakisan pada gigi, dapat masuk ke celah-celah gigi dengan lebih dalam dan tidak mencederakan gusi.

3. Pilih berus gigi yang mempunyai pemegang yang selesa

Dengan memilih pemegang yang selesa ini dapat membantu anda untuk mengawal berus gigi dengan lebih baik sewaktu anda memberus gigi. Ada juga kes dimana berus gigi yang digunakan tergelincir daripada kawalan dan mencederakan gusi. Maka dengan adanya pemegang yang selesa pastinya dapat membantu anda memberus gigi dengan lebih baik kerana anda mempunyai kawalan penuh terhadap berus gigi yang digunakan.

4. Pilihlah saiz berus gigi yang bersesuaian dengan mulut

Setiap individu mempunyai saiz mulut yang berbeza. Berus gigi golongan dewasa adalah tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak. Jika anda mempunyai mulut yang kecil, pilihlah saiz berus gigi yang kecil. Selain itu, untuk memastikan anda dapat memberus dengan lebih berkesan, anda bolehlah memilih berus gigi yang mempunyai kepala berus yang tirus di depannya supaya dapat membantu anda memberus gigi dikawasan yang sukar dicapai.

5. Pilih berus gigi yang ada pembersih lidah

Kebanyakan berus gigi yang berada di pasaran sudah mempunyai pembersih lidah dan dijual pada harga yang sama. Maka adalah lebih berbaloi jika anda memilih berus gigi yang mempunyai pembersih lidah. Seperti yang sedia maklum, bakteria paling banyak terperangkap di celah rekahan lidah. Jika anda tidak membersihkan lidah, bakteria masih banyak terkumpul di dalam mulut anda. Apa pun jenama yang anda guna, pastikan anda mengikuti tips yang kami kongsikan ini. Tidak semua berus gigi yang berada di pasaran sesuai untuk anda. Dengan berpandukan tips ini, tidak kisah apa pun jenis dan jenama berus gigi yang anda gunakan pastinya dapat membantu anda memberus gigi dengan lebih efektif. Anda juga boleh rujuk doktor gigi berhampiran anda untuk mendapatkan konsultasi daripada mereka.