Jenis Braces – Proses Rawatan & Harga Braces

Updated on

Jenis Braces – Proses Rawatan & Harga Braces 

Adakah anda tertanya-tanya apakah jenis braces yang paling susuai untuk gigi anda? Bagaimana pula proses rawatan yang bakal anda lalui dan berapa caj rawatan yang bakal dikenakan? Kami akan menjawab semua persoalan anda dalam artikel ini.  

Braces atau Pendakap gigi tidak perlu diterangkan lagi. Ianya bukan satu benda asing pada hari ini. Sebut sahaja braces atau penadkap gigi secara spontan bayangan besi dan dawai warna-warni terdetik dalam fikiran anda bukan? 

Jenis Braces Klinik Pergigian Malaysia 

  1. Metal Braces/Conventional Braces:  

Metal braces atau Conventional Braces merupakan pilihan rawatan orthodontik yang telah lama digunakan dan terbukti berkesan. Berikut ialah golongan yang sesuai mendapatkan rawatan ini: 

Kes Sukar 

– Metal braces ini sangat sesuai untuk kes orthodontik yang sukar, seperti gigi yang sangat berlapis, gigitan yang tidak cantik, atau adalah masalah rahang. 

– Ia memberikan hasil pergerakan gigi yang lebih baik berbanding dengan pilihan lain seperti “clear aligner”. 

Kanak-kanak dan Remaja 

  • Metal braces sering disyorkan untuk kanak-kanak dan remaja kerana gigi dan rahang mereka masih dalam peringkat pertumbuhan. 
  • Ini memudahkan doktor pergigian untuk menambahbaik proses pertumbuhan gigi dan rahang pemakai braces. 

Individu dengan Budget Terhad 

  • Metal braces ini harga yang lebih jurah berbanding braces jenis lain. 
  • Ini menjadikan Metal Braces pilihan yang lebih berpatutan bagi mereka yang mempunyai kekangan kewangan. 

Tidak Kisah Nampak Menonjol 

  • Metal braces ini mempunya getah fizikal yang berwarna ketara.  
  • Jika anda seorang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan tidak kisah untuk tampil lebih menonjol Metal braces ini adalah pilihan yang paling sesuai. 

Individu yang Aktif 

  • Braces jenis ini sangat tahan lasak, dan tidak mudah rosak. Maka ianya lebih sesuai untuk meraka yang aktif seperti kanak-kanak. 

Perkara yang Perli Dipertimbangkan 

  • Walaupun Metal Braces ini berkesan, ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan pada peringkat awal rawatan. 
  • Penjagaan kebersihan mulut juga perlu dipertingkatkan bagi mengelakan masalah seperti kerosakan gigi dan penyakit gusi. 
  • Anda juga perlu mengelakan pengambilan makanan yang keras sepanjang tempoh rawatan.  

Secara ringkasnya, metal braces ialah pilihan yang baik untuk individu yang mencari rawatan ortodontik yang paling berpatutan, tahan lasak dan mudah dijaga. 

Anggaran caj rawatan: Sekitar RM4,000 

  1. Ceramic Braces 

Ceramic braces ialah pilihan yang popular bagi mereka yang mementingkan penampilan. Berikut ialah golongan yang sesuai mendapatkan rawatan ini: 

Individu yang Sukakan Estetik 

  • Ceramic barces mempunyai warna yang menyerupai warna gigi asli, maka ia menjadikanya kurang ketara berbanding Metal braces yang ada getah berwarna-warni. 
  • Biasanya Ceramic Braces ini menjadi pilihan orang dewasa, golongan professional dan remaja yang ingin membetulkan gigi mereka tanpa penampilan braces yang ketara. 

Individu dengan Kes Orthodontik Ringgan hingga Sederhana 

  • Ceramic braces berkesan untuk membetulkan pelbagai masalah orthodontik, termasuk gigi berlapis, gigi jarang dan gigiitan yang tidak sejajar. 
  • Walupun ia boleh digunakan untuk kes yang kompleks, namum Metal Braces mungkin lebih disyorkan untuk kes yang sangat teruk. 

Individu yang Bersedia Menjaga Kebersihan Mulut dengan Teliti 

  • Ceramic braces memerlukan penjagaan yang lebhi teliti berbanding Metal braces kerana warna braces ini mudah kotor dan bertukar kekuningan jika tidak dijaga dengan betul. 

Individu yang Sanggup Melabur Lebih Sedikit 

  • Ceramic braces biasanya lebih mahal daripada Metal Braces. 
  • Oleh itu, individu yang sanggup melabur lebih sedikit untuk penampilan yang lebih baik adalah calon yang sesuai. 

Perkara yang perlu Dipertimbangkan 

  • Walaupun Ceramic Braces ini kurang ketara warnanya tapi ianya masih boleh dilihat terutama wayar logam yang digunakan.  
  • Bahan seramik juga boleh bertukar warna jika tidak dijaga dengan teliti. 

Secara ringkasnya, ceramic braces ialah pilihan yang baik untuk individu yang mencari rawatan ortodontik yang tidak menonjol dengan kos rawatan yang mampu milik. 

Anggaran kos: Sekitar RM5,000 

  1. Self-Legating Braces 

Self-legating braces ialah pilihan rawatan orthodontik yang semakin popular kerana kelebihan yang yang tersedniri. Berikut ialah golongan yangsesuai untuk mendapatkan rawatan braces jenis ini: 

Hasil yang Lebih Cepat 

  • Self-legating braces menggunakan teknologi yang lebih morden dan terkini maka dengan itu membolehkan pergerakan gigi menjadi lebih cepat. 
  • Dengan pergerakan gigi yang lebih cepat biasanya tempoh rawatan keseluruhan mungkin lebih pendek berbanding pendakap gigi jenis metal. 

Lebih Selesa dan Kurang Sakit 

  • Disebabkan self-legating braces tidak menggunakan getah elastik, maka ianya mengurangkan tekanan pada gigi dan menjadikanya lebih selesa terutama semasa fasa awal pemakaian.  
  • Selain itu self-legating braces juga membantu mengurangkan geseran antara dawai dan braket, menjadikanya lebih selesa untuk pesakit dan mengurangkan kesakitan. 

Individu yang Sibuk 

  • Disebabkan teknologi yang ada pada braces jenis ini, lawatan susulan ke klinik mungkin lebih jarang berbanding dengan Metal Braces. 
  • Maka ianya lebih sesuai untuk individu yang sibuk, atau berkerjaya. 

Kurangkan Resiko Jangkitan 

  • Sebenarnya Self-legating braces lebih mudah dibersihkan dan dijaga. Ianya dapat mengurangkan resiko masalah kebersihan mulut. Namum setiap pemakai braces perlulah menitik beratkan penjagaan gigi yang teliti supaya resiko jangkitan dapat dihindari. 

Kes Ringgan sehingga Sederhana 

  • Self-legating braces sesuai untuk pelbagai jenis kes, bermula kes ringgan kepada sederhana. 
  • Walau bagaimanapun, untuk kes yang sukar atau kompleks doktor mungkin akan mengesyorkan pilihan rawatan lain. 

Perkara yang perlu dipertimbangkan 

  • Walaupun self-legating braces menawarkan banyak lebihan, kosnya sedikit tinggi berbanding Metal Braces.  
  • Sebelum membuat keputusan, adalah penting untuk anda dapatkan khidmat nasihat daripada doktor pergigian. Mereka akan menilai keadaan gigi dan rahang anda untuk memberikan cadangan rawatan yang terbaik. 

Secara ringkasnya, self-ligating braces ialah pilihan yang baik untuk individu yang mencari rawatan ortodontik yang lebih cepat, selesa, dan mudah dijaga. 

Anggaran kos: Sekitar RM5,000 

  1. Clear Aligner / Invisalign 

Rawatan clear aligner sangat sesuai untuk individu yang mencari alternatif yang lebih tidak ketara dan selesa berbanding pendakap gigi tradisional. Berikut ialah golongan yang sesuai mendapatkan rawatan ini: 

Golongan Dewasa yang Pentingkan Penampilan 

  • Clear aligner hampir tidak kelihatan, menjadikanya pilihan yang ideal untuk orang dewasa yang ingin membetulkan gigi mereka tanpa menarik perhatian.  
  • Ini membolehkan mereka menjalani kehidupan seharian dengan yakin, tanpa rasa malu dengan penampilan bersama pendakap gigi (braces). 

Kes Ringgan hingga Sederhana 

  • Clear aligner berkesan untuk membetulkan pelbagai masalah orthodontik, seperti gigi berlapis, gigi jarang dan gigitan tidak sejajar. (Dr tolong suggest perkataan yang lebih mudah audiance faham)  
  • Walaupun ia boleh digunakan untuk kes yang kompleks, doktor pergigian mungkin akan mengesyorkan ilihan rawatan lain untuk kes yang sangat teruk. 

Inginkan Keselesaan dan Kemudahan 

  • Clear aligner diperbuat daripada bahan yang licin dan selesa, mengurangkan risiko keradangan mulut. 
  • Ianya boleh ditanggalkan yang memudahkan pengguna untuk makan, minum, memberus gigi dan flos. 

Individu yang Komited dan Disiplin dengan Rawatan 

  • Hasil akhir rawatan ini bergantung kepada pematuhan pesakit. 
  • Pesakit perlu memakai aligner sekurang-kurangnya 20-22 jam sehari untuk mencapai hasil yang terbaik. 
  • Kegagalkan mematuhi prosedur ini mungkin akan mejejaskan hasil akhir. 

Individu yang Ingin Melihat Hasil Rawatan Secara Terperinci 

  • Dengan teknologi digital yang digunakan dalam rawatan clear aligner, pesakit boleh melihat pratonton bagaimana gigi mereka akan berubah setelah rawatan selesai.  
  • Ini memberikan gambaran yang jelas untuk hasil akhir yang bakal diperolehi. 

Secara ringkasnya, clear aligner sesuai untuk golongan dewasa, mempunyai kes yang  tidak terlalu rumit, mengutamakan keselesaan dan fleksibiliti penggunaan dan seorang yang disiplin dalam mematuhi prosedur rawatan. 

Anggaran kos: Bermula RM8,000 ke atas 

© 2016-2025 NDC Sdn Bhd. All rights reserved.