TERMA & SYARAT UMUM PROMOSI KLINIK PERGIGIAN NUR AIN

Promosi yang dijalankan oleh Klinik Pergigian Nur Ain tertakluk kepada terma dan syarat berikut. Dengan menyertai mana-mana kempen promosi yang dianjurkan oleh pihak klinik, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma dan syarat ini.

1. Skop Promosi

  • Promosi boleh melibatkan pelbagai jenis rawatan termasuk tetapi tidak terhad kepada rawatan braces, scaling, whitening, veneer, dan lain-lain rawatan pergigian yang ditetapkan oleh pihak klinik.

  • Setiap kempen akan mempunyai tawaran dan harga berbeza mengikut tempoh promosi yang diumumkan.

  • Promosi ini tidak boleh dipindahkan ke cawangan lain kecuali doktor yang merawat turut bertugas di cawangan berkenaan.

  • Promosi ini tidak boleh digabungkan dengan mana-mana promosi lain, pakej rawatan sedia ada, diskaun khas, panel insurans, atau kad VIP Klinik Pergigian Nur Ain.

2. Polisi Pembayaran dan Deposit

  • Semua bayaran deposit yang dibuat untuk tujuan tempahan atau pengesahan janji temu adalah tidak boleh dikembalikan (non-refundable).

3. Polisi Pembatalan / Penangguhan Rawatan

  • Pelanggan yang membatalkan rawatan selepas menerima manfaat percuma (free gift) seperti X-ray, scaling, set ortodontik, konsultasi percuma, atau barangan promosi lain, wajib membayar semula nilai sebenar manfaat tersebut kepada pihak klinik.

  • Sekiranya pelanggan menangguhkan rawatan melebihi tempoh [60 hari] daripada tarikh tempahan asal, promosi tersebut dianggap terbatal secara automatik dan sebarang manfaat percuma tidak lagi sah.

  • Pihak klinik berhak mengenakan caj mengikut kadar semasa bagi sebarang rawatan atau manfaat percuma yang telah diterima tetapi tidak diteruskan.

4. Hak Pihak Klinik

  • Pihak klinik berhak untuk meminda, menangguh atau menamatkan mana-mana kempen promosi tanpa notis awal.

  • Pihak klinik berhak menolak sebarang tuntutan yang tidak mematuhi terma dan syarat ini.

  • Pihak klinik tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku akibat perubahan promosi atau pembatalan janji temu oleh pelanggan.

5. Pengesahan Pelanggan

Dengan menyertai promosi atau membuat bayaran deposit, pelanggan dianggap telah:

  • Membaca dan memahami terma & syarat ini.

  • Bersetuju untuk menanggung semua kos berkaitan sekiranya pembatalan dilakukan selepas menerima manfaat percuma.

  • Memberi kebenaran kepada pihak klinik untuk menggunakan maklumat peribadi bagi tujuan komunikasi, pengurusan rawatan dan promosi akan datang, selaras dengan dasar privasi klinik.

Kebenaran Penggunaan Gambar dan Video

Syarat Penyertaan Kempen

  1. Kebenaran Penggunaan Gambar/Video:

    • Dengan menyertai kempen ini, anda secara automatik memberikan kebenaran kepada Klinik Pergigian Nur Ain untuk mengambil dan menggunakan gambar serta video anda bagi tujuan pemasaran dan pembelajaran. Ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

      • Bahan promosi di media sosial (Facebook, Instagram, dll.)

      • Kandungan di laman web klinik

      • Bahan pemasaran cetak (brosur, poster, dll.)

      • Bahan pembelajaran untuk pesakit lain.

  2. Pengecualian Penggunaan Gambar/Video:

    • Jika anda tidak bersetuju dengan penggunaan gambar/video anda seperti yang dinyatakan di atas, anda masih boleh menyertai kempen ini.

    • Anda dikehendaki memaklumkan secara bertulis kepada pihak Klinik Pergigian Nur Ain mengenai pengecualian ini.

    • Makluman bertulis hendaklah dihantar melalui serahan tangan di kaunter premis atau secara digital (PDF) ke nombor khidmat pelanggan (+6011-1300 9408).

    • Makluman bertulis hendaklah menyatakan dengan jelas bahawa anda tidak membenarkan penggunaan gambar dan video anda.

  3. Hak dan Privasi:

    • Klinik Pergigian Nur Ain akan memastikan bahawa semua gambar/video yang digunakan adalah bersesuaian dan tidak menjejaskan privasi anda.

    • Anda mempunyai hak untuk menarik balik kebenaran penggunaan gambar/video anda pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis.

    • Klinik akan mematuhi semua undang-undang perlindungan data peribadi yang berkaitan.

© 2016 -2026 NURAIN DENTACARE Sdn Bhd. All rights reserved.