Kebenaran Penggunaan Gambar dan Video

Syarat Penyertaan Kempen

  1. Kebenaran Penggunaan Gambar/Video:

    • Dengan menyertai kempen ini, anda secara automatik memberikan kebenaran kepada Klinik Pergigian Nur Ain untuk mengambil dan menggunakan gambar serta video anda bagi tujuan pemasaran dan pembelajaran. Ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

      • Bahan promosi di media sosial (Facebook, Instagram, dll.)

      • Kandungan di laman web klinik

      • Bahan pemasaran cetak (brosur, poster, dll.)

      • Bahan pembelajaran untuk pesakit lain.

  2. Pengecualian Penggunaan Gambar/Video:

    • Jika anda tidak bersetuju dengan penggunaan gambar/video anda seperti yang dinyatakan di atas, anda masih boleh menyertai kempen ini.

    • Anda dikehendaki memaklumkan secara bertulis kepada pihak Klinik Pergigian Nur Ain mengenai pengecualian ini.

    • Makluman bertulis hendaklah dihantar melalui serahan tangan di kaunter premis atau secara digital (PDF) ke nombor khidmat pelanggan (+6011-1300 9408).

    • Makluman bertulis hendaklah menyatakan dengan jelas bahawa anda tidak membenarkan penggunaan gambar dan video anda.

  3. Hak dan Privasi:

    • Klinik Pergigian Nur Ain akan memastikan bahawa semua gambar/video yang digunakan adalah bersesuaian dan tidak menjejaskan privasi anda.

    • Anda mempunyai hak untuk menarik balik kebenaran penggunaan gambar/video anda pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis.

    • Klinik akan mematuhi semua undang-undang perlindungan data peribadi yang berkaitan.

© 2016-2025 NDC Sdn Bhd. All rights reserved.